Search This Blog

Thursday, September 17, 2009

KAMPUNG SAYA

Jawa..... itu adalah bangsa saya. Kg Tebok Jawa......... itu kampung saya. Pulau Jawa..... itu asal usul datuk dan nenek saya. Pada tahun 70an dahulu, kampung saya adalah kampung tradisi yang hasil utamanya adalah kelapa. Dinamakan Tebok Jawa adalah kerana semua penduduknya adalah berbangsa Jawa. Apa yang unik, etnik lain yang bermestautin di kampung ini pandai berbahasa jawa, paling tidak faham bahasa jawa termasuk bangsa Cina.

Diberitakan pada tahun 40an - 50an, kampung saya merupakan sawah padi. ianya terletak berhampiran dengan laut ( dengan jarak kira-kira 250m ). Mungkin akibat lokasi yang tidak sesuai untuk tanaman padi, mereka telah bersetuju menggantikan dengan tanaman kelapa.

Ban yang digunakan untuk memisahkan kebun dengan laut kini dibina jalan raya. Namun sekarang, laut semakin menjauh. Dulu belukar kini jadi kebun, malah ban baru telah dibina lebih kurang 1km dari ban asal. Kawasan belukar bakau dulu kini dinamakan kariah Kebun Baru.

No comments:

Post a Comment