Search This Blog

Friday, January 22, 2010

Di Mana Kita

Bila kita kemukakan pertanyaan siapa kita, ada pelbagai jawapan yang pasti akan kita peroleh. Ia bergantung kepada siapa yang ditanyai. Golongan cendikiawan dan golongan awan berbeza jawapan. Begitu juga jika bertanya kepada golongan berdasarkan usia. Tentu juga berbeza. Apatah lagi jika kita bertanya kepada golongan agama dan sekular. Walau apapun kita akan lihat apakah semua jawapan berdasarkan golongan-golongan tersebut.

a) Golongan ulama' dan golongan yang mahu menggunakan akal akan menjawab ; Kita adalah manusia yang diciptakan untuk mentadbir dunia ciptaan tuhan. Kegagalan kita mentadbir dunia akan mengakibatkan kerosakan dunia ini. Segala tindakan mestilah berlandaskan wahyu dan akal yang tak bercanggah dengan wahyu, bukan nafsu

b) Golongan kapitalis pula akan menjawab ; kita adalah raja kepada kehidupan ini. Oleh yang demikian, berusahalah kita menguasai apa saja yang boleh dikuasai walaupun terpaksa mengorbankan keluarga, sahabat, dan agama. Elakkan dari kita dikuasai. Dikuasai bermaksud kecelakaan yang menanti kita.

c) Golongan cendikiawan akademik akan menjawab ; kita adalah pentadbir dunia dan semestinya memakmurkan dunia dengan kemajuan teknologi walau terpaksa mengorbankan agama, bangsa dan adat resam.

d) Golongan manusia biasa pula akan menjawab ; kita perlu sama-sama pemerintah untuk membangunkan negara walaupun terpaksa menerima akibat buruk dari pembangunan itu sendiri. Kita kena ikut arus dunia jika tidak mahu dianggap ketinggalan zaman.


Untuk itu, janganlah kita menjadi Golongan B, C an D. Jadilah Golongan A. Insya-Allah selamat dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment