Search This Blog

Thursday, January 28, 2010

DERITA SI FAKIR

Sudah menjadi kelaziman yang terkadang menjadi kezaliman apabila hadir Si Fakir dalam sesuatu penempatan akan wujud satu tanggapan buruk terhadap mereka. Tanggapan mereka malas, berat tulang, hanya mengharap simpati orang lain dan macam-macam lagi telah sering kita dengar. Namun yang kita jarang dengar mereka akan mengatakan "syukur ada Si Fakir di kawasan kita, dapatlah juga kita bersedekah".

Mengapakah tanggapan itu mereka hamburkan? Pada saya, ianya adalah kerana sikap kedekut dan berkira yang bersarang di hati mereka. Kita sering lihat, jika anak kecil mempunyai sesuatu, tiba-tiba datang kawan yang mereka tidak sukai, pasti mereka akan menyorokkan kepunyaannya itu atau paling tidak akan mengadu kepada ibunya bahawa kawannya itu cuba nak ambil kepunyaannya. Mengapa mereka berbuat demikian? kerana tamak. Cuba kita lihat pula tabiat haiwan peliharaan seperti ayam dan kucing apabila memperolehi rezeki. Semua yang menghampiri akan dihalau atau dimaki. Kenapa? Jawapannya masih lagi kerana tamak.

Tahukah mereka deritanya Si Fakir? Barangkali telah lama mereka tidak dapat makanan yang enak. Atau mungkin sehari suntuk mereka belum makan. Atau mungkin mereka mempunyai anak kecil di rumah yang sedang menangis kelaparan. Cuba kita bayangkan, seandainya kitalah Si Fakir itu. Apakah kita mahu diumpat dengan pelbagai andaian yang mereka sendiri tidak pasti? Apakah memang kita suka dikeji hina lantaran kemiskinan? Saya pasti kita semua tidak menyukainya.

Terfikirkah mereka bahawa Si Fakir itu sebenarnya inginkan kekayaan seperti Si Kaya? Terfikirkah mereka mengapa Si Fakir itu fakir? Tahukah mereka sejak bila Si Fakir itu fakir? Terfikirkah mereka apakah mereka sanggup menjadi fakir seperti fakirnya Si Fakir? Yang pasti, mereka hanya memikirkan bagaimana harus mereka mengelakkan diri dari memberikan sesuatu kepada Si Fakir. Apa yang lebih malang lagi, mereka akan menghasut orang lain dengan menyampaikan hujjah bahawa Si Fakir itu tidak perlu dibantu oleh mereka.

Mereka ini sering sakit hati apabila melihat Si Fakir membeli makanan di luar. Mereka tidak akan puas hati apabila melihat Si fakir keluar rumah untuk ke destinasi yang mereka sendiri tidak pasti apa tujuannya. Mereka menohmah seolah-olah mereka telah berhabis-habisan membantu Si Fakir tersebut. Mereka menganggap Si Fakir tidak layak membeli makanan di luar. Cukup makan apa yang ada sahaja. jangan di layan kehendak anak. Mereka juga beranggapan Si Fakir tidak layak untuk keluar dari kampung walau apa tujuan sekali pun.

Hati saya jadi begitu terhiris apabila Si Kaya menohmah Si Fakir kerana kefakirannya. Saya pernah menjadi Si Fakir dahulu. Betapa sakitnya hati apabila dihina oleh Si Kaya. Walau apa keadaan sekalipun, saya yakin bahawa Si Fakir tidak layak menerima penghinaan. Apa yang layak baginya adalah penghormatan. Ini kerana Si Fakirlah yang akan meringankan beban HISAB di Padang Mahsyar kelak.

Saya ingin mengingatkan, bahawa sesungguhnya harta yang Allah kurniakan kepada kita sebahagiannya adalah untuk Si Fakir. Jika kita tidak mahu memberikannya maka sesungguhnya kita telah tidak menunaikan hak Si Fakir. Janganlah dengan alasan mereka tidak mahu ke masjid atau bermasyarakat maka mereka dinafikan hak menerima sebahagian harta kita. Bagaimana mereka mahu bermasyarakat jika masyarakat sering berprasangka buruk kepada mereka.

Bersyukurlah kerana hidup selesa dengan memberikan sumbangan kepadsa Si Fakir semoga sumbangan ikhlas itu nanti kan menyebabkan kita akan selesa juga di akhirat. Amin......

3 comments:

rerama salju said...

Alangkah indahnya jika semua insan di dunia ini memahami konsep hidup yang sementara cuma ini...Akhirat jua yg kekal....

Saya bukan dari keluarga senang,namun ALHAMDULILLAH saya punya hati yang senang,maka tergambarkah dengan perlakuan saya.
dan jarang orang lain nampak kesusahan saya,dan disaat2 saya buntu,ALLAH selalu ada memberi jalan keluar...

Saya YAKIN dengan bantuan Allah,Al-Waqiah itu bacaan saya setiap usai solat Zohor,Dhuha itu amalan saya kala punya waktu terluang,selawat Tafrijiah dan Selawat Al-fatah itu bacaan harian saya.Justeru,jika Allah tidak beri rezeki pada saya tika itu,saya redha,kerana tentu Allah sudah punya rencana yang terbaik buat saya kelak...Kebergantungan saya pada Allah s.w.t sangat kuat,lebih2 lagi setelah pemergian adik kesayangan saya.

Saya yakin kesusahan didunia ini,akan memberi kesenangan di SANA jika betul jalannya....

Wallahua'lambissawaab.....

rerama salju said...

*tergambarkah=tergambarlah....

dan walau siapa kita,kita tiada hak untuk menghina sesiapa...Hanya ketaqwaan membezakan kita dimata yang Maha Esa.....

cikgusiberwave.blogspot.com said...

benar sekali. sedarlah kita bahawa harta sebenar kita adalah harta yang kita sedekahkan kerana ia akan menjadi mili kita dialam baqa sedangkan harta di dunia berjuta itu adalah hak para waris kita.
apa bila mati anak adam akan terputus amalannya kecuali 3 perkara, amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.

Post a Comment