Search This Blog

Tuesday, January 26, 2010

SOLAT - MUDAH YANG SERING DIPERMUDAHKAN

Apa itu solat? Saya memang tidak berkelayakan untuk membicarakan tentang solat, tetapi umum telah mengetahui apa maksud solat dari segi bahasa dan syarak.

Dari segi bahasa ia bermaksud doa mankala dari segi syarak ia bermaksud sesuatu perbuatan yang dimulai dengan takbir dan di akhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

Mengapa saya mengatakan solat itu mudah? Kerana kita sebenarnya boleh melaksanakan solat di mana sahaja kita berada hatta di dalam air. Kita boleh melaksanakan solat dengan memakai apa sahaja fesyen pakaian asalkan menutup aurat. Kita boleh melaksanakan solat ini pada bila-bila masa asalkan masih dalam waktunya. Tidakkah itu mudah?

Tetapi ia sering dipermudahkan oleh umat islam hanya dengan alasan-alasan remeh. Mereka memberi alasan tiada tempat untuk solat. Mereka tiada kain atau songkok untuk solat. Pakaian mereka kotor. Tidak sempat solat kerana waktu rehat pendek dan sebagainya. Mengapa saya katakan semua alasan yang diberi itu remeh.

Dalam Islam tidak menentukan tempat untuk solat, yang penting suci. Untuk mendapatkan tempat yang suci bukan sukar, mana-mana tempat boleh jadi suci jika dilapik sekurang-kurangnya dengan surat khabar.

Dalam Islam tidak menentukan jenis pakaian yang harus dipakai untuk solat, asalkan suci dan menutup aurat. Bagi lelaki, sekadar memakai singlet dan berseluar panjang di bawah lutut sudah memadai. Bagi perempuan pula, memakai baju kurung longgar dan bertudung labuh yang menutup hingga bawah dada sudah memadai. Tidak semestinya memakai telekung.

Persoalannya, mengapa kita memandang mudah soal solat. Mengikut penelitian saya, puncanya adalah kerana pertama tidak dilazimkan ketika masih kanak-kanak. kedua kerana pengaruh alam sekitar dan kekawan. ketiga kerana lemah iman, keempat kerana kekurangan ilmu. kelima kerana tidak ingat mati keenam kerana tidak sayangkan agama islam dan akhir sekali kerana tidak takut siksaan Allah.

Pengalaman saya semasa bekerja sebagai buruh kasar (Buruh binaan)tahun 1984 di Pelabuhan Kuantan sementara menunggu keputusan STPM, saya terpaksa solat Zohor pada waktu rehat jam 3.00 hingga 3.15. Hari Jumaat saya minta kerja separuh hari sebab nak pergi solat Jumaat. Masjidnya terletak 5km dari tempat kerja. Masa pergi ada yang bawa ( askar laut ) tapi bila balik terpaksalah jalan kaki kalau tak dapat bas. Rupanya perlakuan saya itu diperhati oleh majikan saya hinga akhirnya dia bertanya, mengapa saya solat hingga 5 kali sehari. Apabila saya jawab orang Islam memang kena solat 5 kali sehari dia bertanya pula kenapa mereka yang lain tidak berbuat demikian? Saya jadi serba salah. Saya tak tau nak jawab apa. Jadi, saya menjawab "mereka itu bukan penganut Islam yang baik". Apa yang saya tulis itu bukan hendak menunjukkan saya seorang penganut islam yang baik, tetapi sebagai iktibar bahawa tiada alasan untuk kita meninggalkan solat.

Mari kita renungkan maksud hadis yang bermaksud : Perkara yang mula-mula dihisab di Padang Makhsyar adalah solat. Jika sempurna solatnya, maka mudahlah hisabnya, Sebaliknya jika solatnya tidak sempurna, akan sulitlah hisabnya. Ada dinyatakan bahawa hukuman meninggalkan solat 1 waktu sahaja adalah masuk neraka selama 80 tahun kiraan akhirat. 1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun kiraan dunia. Cuba kita bayangkan jika kita tidak pernah bersolat selama kita hidup. ALLAHU AKBAR......

Walau bagaimanapun, perkara yang perlu kita ingat ialah, sedangkan kita solat pun belum tentu masuk syurga, inikan pula kalau kita tidak solat. Mengapa demikian? kerana kita masuk syurga bukan kerana solat kita, tetapi kerana rahmatnya. Rahmat Allah pula hanya akan turun berdasarkan amalannya. Allah telah berjanji akan memberikan balasan baik kepada orang yang melakukan amalan baik, sedangkan Allah tidak pernah memungkiri janji.

3 comments:

rerama salju said...

Selain solat itu merupakan satu tuntutan ,saya pula ALLAH uji dengan tidak boleh meninggalkan solat(sejak darjah 6),kalau tidak mesti kepala saya sakit @ migrin,justeru saya jadi takut untuk meninggalkan solat,hingga menjadi bahan gurauan teman2 satu ketika dulu,Ye lah kau mana boleh tak sembahyang,nanti kau pening...Wallahua'alam....

p/s:cerita solat di Kuantan sungguh menyentuh perasaan.

cikgusiberwave.blogspot.com said...

Itu adalah rahmat dari tuhan untuk Lin agar Lin menjadi orang yang lebih bertaqwa. Jangan sesekali menganggap itu bala kerana sesuatu yang membawa lebih baik ituadalah rahmat.

rerama salju said...

TQ for keep reminding me...Its true I feel blessed and Thankful for that 'reminder"

Post a Comment