Tidak kusangka sama sekali, bekas anak murid akan menghubungiku setelah 22 tahun tidak bersua atau berhubungan. Dulu sekitar tahun 1989 hingga 1996, cubaan untuk menghubungi dilakukan sama ada melalui kawan atau risekan. Namun gagal bersua kerana tiada alamat juga tiada talian komunikasi canggih seperti sekarang.
Takdir Allah tiada siapa yang dapat menghalang. melalui FaceBook, berkat nama saya yang agak unik telah membawa kepada pertemuan itu. Walaupun pertemuan itu hanya sekadar di talian, ianya tetap memberi erti yang sangat besar. Apa yang lebih menggembirakan ialah apabila mengetahui masing-masing telah menjadi orang yang berjaya dalam hidup, bahkan tidak melupakan fungsinya sebagai bekas pelajar agama.
Mereka yang telah menghubungi saya itu merupakan anak murid sulung semasa mengajar sementara dahulu. Perkara yang mungkin orang tak faham, apa hubungan istimewa antara kami, walhal hanya guru sementara. Mengikut pengakuan mereka, saya mempunyai sentuhan istimewa dalam kelas yang menjadikan kenangan manis kepada mereka. Saya rasa sungguh bahagia bila dihubungi mereka, seperti bahagianya dihubungi anak, saudara atau sahabat yang telah lama tidak didengar beritanya.
Untuk itu, renung-renungkanlah, sudahkah anda menghubungi bekas guru anda terutamanya guru yang pernah mengajar anda di sekolah rendah. Mengapa sekolah rendah? Kerana merekalah yang mengenalkan anda kepada asas-asas kehidupan. Merekalah yang mengenalkan kepada asas-asas pembacaan, pengiraan dan bersosial. Tidak lupa dengan asas-asas keagamaan. Ini tidak bermakna perlu melupakan guru sekolah menengah, kerana guru sekolah menengah juga tidak kurang jasanya. Walau apapun, kita perlu mengingati jasa mereka.
2 comments:
Pertemuan dan perpisahan kita adalah kerana Allah. Saya pasti pertemuan semula kita juga adalah kerana Allah. Oleh itu, isilah pertemuan ini dengan apa yang diredhoi Allah.
Post a Comment